Friday, May 25, 2007

Air vs Ayaq

Pagi-pagi Jumaat ini, aku teringat arwah nenekku di Muar. Kami memanggilnya Tok Mak. Semasa aku Tingkatan 4, dia meninggal dunia kerana sakit diabetes. Masa itu hujung bulan Ramadan. Aku tidak sempat melihat wajahnya buat kali terakhir kerana ibu bapaku terburu-buru pulang ke kampung. Pada masa itu juga, aku mengikut rombongan sekolah beriktikaf di masjid.

Ibuku berasal dari Muar manakala ayahku anak jati sebelah utara. Kami adik-beradik memang lebih senang bertutur dalam loghat utara. Jadi, apabila balik ke Muar, minda kami perlu di tune mengikut loghat sebelah selatan. Almari jadi gobok. Selimut jadi gebo. Dan yang pasti ayaq jadi air.

Pernah satu masa, aku terasa dahaga dan mahu minum air. Pada masa itu, emak dan nenek ada bersama. "Mak, nak ayaq," kataku. Nenekku yang mendengar terus bangun. Aku pun menunggu. Kemudian, nenekku datang dan menghulurkan pengayak tepung sambil berkata, "Mahu buat apa dengan pengayak ni?"

Aku terkebil-kebil memandang ke arahnya. Oleh kerana masih kecil, perbendaharaan kata pun masih kurang, tidak tahu pula benda itu pun dipanggil ayak. Kami sama-sama tersenyum. Mmm... pertembungan antara 2 negeri.

Thursday, May 24, 2007

Hari ini milik kita

Ada hadis nabi yang berbunyi, “... Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan menunggu sehingga waktu petang....” Masa sekarang yang ada adalah untuk diusahakan. Bukan mengenangkan hari semalam yang sudah berlalu. Apatah lagi berfikir tentang masa hadapan yang belum pasti.

Bilakah kita akan meninggalkan dunia ini? Tiada siapa yang tahu. Mungkin hari ini. Mungkin juga esok. Yang pasti, kita akan menghadapinya. Anggaplah kita hanya mempunyai hari ini sahaja untuk hidup dan akan mati pada esok hari.

Apabila kita berfikir hari ini adalah hari terakhir, kita akan melaksanakan segala urusan dengan bersungguh-sungguh. Kita cuba memberikan hasil yang terbaik. Masa kita tidak dibiarkan berlalu dengan rasa gelisah, gundah gulana, sedih, dan takut dengan masa hadapan yang masih belum pasti.

Semua perkara dilaksanakan dengan cara terbaik. Best of the best. Kita memberikan sepenuh tumpuan pada kerja-kerja yang dilaksanakan. Solat kita lebih khusyuk dari hari biasa. Bacaan Al-Quran lebih baik daripada sebelumnya. Kerja kita lebih berkualiti. Pendek kata, semua perkara dilakukan dengan sebaik mungkin.

Umpama musafir di tengah padang pasir. Dengan hanya berbekalkan sebekas air, pasti si musafir cuba memastikan cara terbaik supaya airnya tidak habis sebelum tiba ke destinasi.

Wallahua'lam

Wednesday, May 23, 2007

Lompat si katak lompat

Al-kisah, di sebuah negeri Iskatakbola, dua ekor katak pisang terjatuh ke dalam bekas marjerin semasa bermain sukaneka. Dengan sisa2 marjerin yang melekat pada seluruh badan, mereka berusaha memanjat keluar.
Di sekeliling bekas itu pula, bersorak surai rakan-rakan serta saudara mara yang datang dari pelbagai negara. "Chaiyok! Chaiyok! sorak kata dari Taiwan. "Lho bisa berjaya," jerit katak dari Jakarta. Kebetulan pada hari itu mereka sedang mengadakan jamuan katak-katak internasional. Maka diadakan sukaneka yang menyebabkan kejadian tragis ini berlaku.
Tapi, yang paling banyak adalah sorakan katak-katak yang menurunkan self-esteem. "Mana boleh naik. Licin la. Tak boleh punye," kata katak dari KL. "Betoi kata dia. Toksah susah2. Hang tak boleh punya," sokong katak dari Sungai Dua. Dan macam2 lagi sorakan yang pendek kata menyakitkan telinga.
Apa jadi dengan dua ekor katak pisang tadi? "Betul juga apa yang dikata. Sudah sejam hamba memanjat, tapi masih juga di bawah," hati kecil A berkata. Katak A memandang katak B yang berada di sebelahnya. B masih terkial-kial mencuba. Dia langsung tidak mengendahkan sorakan di sekelilingnya.
"Bersemangat sungguh si B. Biarlah, cukup setakat ini sahaja usaha hamba. Biar hamba mati berkuburkan tin marjerin ini," bisik hati A dengan nada sedih.
Sorakan terus gamat menghangatkan suasana. Katak B masih cuba memanjat... terus memanjat... dan memanjat. Akhirnya, dia sampai ke puncak.
Wartawan-wartawan yang menunggu terus berkejar ke arahnya. "Apakah rahsia kejayaan tuan hamba?" tanya wartawan dari TV10. "Apakah perasaan tuan hamba?" tanya pula wartawan TV0.
Dengan selamba, katak B berlalu tanpa berkata apa2. Semua katak tercengang. Setelah diselidik, sebenarnya katak B hilang pendengaran sejak darjah 3 kerana air masuk telinga. Wallahua'lam.
P/s: Kisah di atas tidak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati. Semuanya adalah rekaan semata-mata.
Uda kata: Lebih seronok dengar burung berkata....

Friday, May 18, 2007

Solat

Antara nikmat terbesar bagi Muslim adalah solat lima waktu siang dan malam. Selain daripada meleburkan dosa dan mengangkat darjat, ia juga terapi besar bagi kesedihan dan ubat mujarab bagi penyakit. Solat umpama charger yang mengecas bateri spiritual manusia.
Nabi Muhammad apabila bersedih kerana suatu perkara, beliau berkata, “Hiburlah kami dengan solat, wahai Bilal.” Solat adalah kebahagiaan beliau. Hakikatnya, ceria dan bahagia itu datang daripada Tuhan. Apabila sentiasa mengingati Tuhan, hati kita tenang dan damai.
Apabila dalam keadaan stres, sedih ataupun resah disebabkan oleh cabaran, rintangan atau masalah yang dihadapi, sembahyang yang dilakukan dengan khusyuk iaitu dengan penuh tumpuan, dapat melegakan dan menurunkan kadar stres. Lakukan solat walaupun hanya dua rakaat. Dalam surah al-Baqarah ayat 153, Allah menyatakan yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat.” Dengan izin Tuhan, solat dapat menghilangkan kesedihan dan keresahan di jiwa. Solat juga memberikan ketenangan dan kekuatan pada jiwa.
Solat adalah stress-reliever paling baik. Setiap malam, Nabi Muhammad tidak pernah meninggalkan sembahyang malam. Sembahyang memberikan kekuatan kepada dirinya bagi terus melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang diberikan Allah. Para sahabat juga menjadikan solat sebagai penenang, bukan sahaja semasa dalam keadaan sukar, malah dalam keadaan senang.
Selain daripada solat, zikir juga adalah salah satu cara mengingati Tuhan. Orang yang sentiasa mengingati Tuhan sentiasa berasa tenang. Mungkin secara luaran nampak seperti biasa, tidak ada kelebihan. Malah mungkin lebih miskin dan sebagainya. Tetapi jiwanya lebih tenang kerana sentiasa ingat kepada Tuhan. Jika dibandingkan dengan si kaya yang sentiasa tidak tenang kerana banyak berfikir tentang harta tetapi mengabaikan tanggungjawab kepada Tuhan.
Sebanyak mana kita berzikir, sebanyak itu jiwa berasa lapang, tenang, bahagia dan ceria. Ini kerana, dalam zikir terdapat makna tawakal kepadaNya, bergantung harap kepadaNya, bersandar kepadaNya, kembali kepadaNya, berbaik sangka kepadaNya dan menunggu kemudahan daripadaNya.
Apabila hati yang berada di dalam tubuh dalam keadaan tenang, lapang dan bahagia, maka ia terpancar pada wajah individu yang memiliki hati itu. Wajahnya ceria dan tenang dipandang. Bukan dia sahaja berasa tenang, malah menenangkan orang di sekelilingnya. Oleh itu, carilah keceriaan dan kebahagiaan daripada Tuhan kerana ia adalah hakiki.

Hati Sebening Mata Air

Hati Sebening Mata Air, terbitan AQWAM. Kulit depannya begitu menarik perhatian. Ditulis oleh Amru Khalid, salah seorang penulis yang tulisannya diminati ramai.
Cara penulisannya ala-ala Dr A'idh Qarni yang terkenal dengan buku La Tahzan. Walaupun dalam bahasa Indonesia, bahasa yang digunakan adalah bahasa standard. Bahasanya bersahaja, mudah difahami dan benar2 menyentuh hati.
Buku ini memberikan tip-tip bagi mendapat hati yang sihat, sihat dari segi maknawi. Disertakan contoh2 mudah dan beberapa cerita bagi setiap tajuk yang dibicarakan. Walaupun tajuk2 yang dibincangkan biasa kita baca dari buku2 lain, namun kupasannya menjadikan kita lebih faham. Sekadar pandangan daripada pembaca yang masih banyak kelemahan.
Rasanya, boleh dapatkan buku ini di Pustaka Indonesia ataupun pergi ke laman web www.aqwam.com. Membaca menambah ceria :)

Thursday, May 17, 2007

Dari meja editor ke kolam ikan

"Cemana? Ok tak kak kita nak buat hatchery ni?" tanya adikku sementara menunggu suaminya yang berlari ke kereta sebab lupa bayar parking. Aku mengangguk sambil tersenyum. Dalam hati, aku berharap segala yang kami rancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Apa itu hatchery? (Macam cikgu pula). Kami rancang untuk buat pembenihan ikan. Yang selalu kita dengar orang ternak ikan dan jual. Tapi kami jual anak ikan yang berumur lebih kurang sebulan kepada penternak ikan. Begitulah lebih kurang....
Kebanyakan orang yang kami jumpa sebelum ini kata hatchery agak sukar. Tidak ramai orang Melayu yang berani masuk dalam bidang ini. Hanya berapa kerat je.
Ikut pembacaanku dan penerangan adik ipar, antara cabaran besar yang mungkin kami akan hadapi adalah kulat dan bakteria. Biasalah, anak2 ikan senang kena penyakit. Rasanya begitu juga anak2 kecil. Jadi, perlu dijaga lebih rapi berbanding ibu dan ayah ikan.
Satu benda yang aku belajar, hidup perlu sentiasa kreatif. Kalau ikutkan kos untuk projek kami, memang banyak sebab alat2 yang digunakan agak mahal. Tapi alhamdulillah, adik iparku kiranya boleh mereka-reka alat yang menggunakan kos rendah. Ditambah dengan pengalaman rakan2nya. Kami cuba meminimumkan kos sementara menunggu hasil. Sabar, sabar dan terus sabar :).
Walaupun dunia kerjaku kini berbeza dari dahulu, aku yakin pengalamanku dapat banyak membantu. Semoga usaha kami dipermudahkan Allah.

Pacat

"Nak bincang di mana?" tanya adik iparku kepada adikku. Kami baru saja keluar dari bangunan SSM. Daftar namaku sebagai salah seorang pemilik syarikat. Sebelum ini sudah didaftarkan, tapi hanya nama adikku dan suaminya. Terima kasih kpd kakitangan SSM yg melayan kami dgn begitu baik :) (bukan bodek).
ARAS Hatchery, itulah nama syarikat kami, insyaAllah. Gabungan nama adikku dan suaminya. Namaku ada kat Hatchery... hehehe.
Kami singgah di restoran nasi kandar. Minum air je. Kena jimat2 sbb baru nak mula bisnes (sebenarnya takde selera nak makan :)). Adik iparku mula membuka bicara. Apa lagi... pasal projek kami. Sebelum ni, aku sudah tahu sikit2 pasal projek ni. Tapi belum keseluruhan. Jadi, dia menerangkan dari A sampai Z. Barulah fikiranku lebih terbuka. Imaginasi pun datang. Macam2 perasaan hadir, seronok, risau, semangat.... dan perasaan2 lain yg tak reti diterjemahkan.

Adik: "Akak nak pegi tengok tempat tak? Kita cuba Sabtu atau Ahad."

Tempat pun aku belum tengok. Sebenarnya, projek kami akan dibuat di tanah milik famili adik iparku. Semua ahli keluargaku pernah ke sana. Aku je belum sbb selalu tiada di rumah.

Uda: "Nak. Nanti bagitau."

Adik: "Ada banyak pacat kan?"

Adik iparku tersengih. Aku pula memandang adikku dengan wajah 'org geli pacat'. Sebenarnya, kami berdua memang penakut pacat. Apa lagi lintah. Aku dan adikku ikut tersengih.
Bila sebut pacat, aku teringat kisahku masa zaman kampus. Pernah kami nak mengendalikan kem remaja di sebelah utara. Lupa apa nama tempat. Tapi tempat tu memang popular dgn banyak pacat. Boleh le panggil lubuk pacat.
Sebelum buat program, kami pegi tinjau2 dulu. Nak tengok sesuai ke tidak. Sebelum masuk hutan, aku dah gelabah. Macam mana nak buat kalau jumpa pacat. Bukan kalau lagi, sure akan jumpa. Mindaku dah diset, kalau jumpa je, aku cabut lari keluar hutan.
Kami pun masuk dan bergerak secepat mungkin. Tiba2, mataku terpandang pacat di atas daun, sedang mencari mangsa. Rasa geli geleman datang. Aku bagitau seniorku yg berada di depan yg aku nak keluar. Apa lagi, aku terus pecut umpama Watson Nyambek, keluar dari hutan. Nasib baik masih belum jauh. Agaknya, pacat2 yg tengok mesti gelak guling2. Lipan pun kalah.
Bila dah keluar dari hutan, leganya Tuhan saja yg tahu. Aku berehat sebentar sambil menunggu rakan yg lain keluar. Tergelak sendiri krn tindakanku. Tak sangka sampai macam tu sekali. Itulah pengalaman pacat yg tak boleh dilupakan.
Nampaknya, kena cari kasut 'Phua Chu Kang'. Geli tak geli, kena bersiap sedia. Inilah antara benda baru yg aku kena hadapi... PACAT. Sesapa ada petua yg berkaitan dgn pacat, boleh le kongsi.
Mungkin ada yg nak tau apa aktiviti syarikat kami. InsyaAllah, umur panjang, saya akan sambung :)

Editor oh editor

Semalam, aku bersama makcik dan seorang lg kawan menziarahi sahabat kami yg baru mendapat cahayamata... baby girl. Klu tak silap namanya Imelda Husna (gabungan nama moden & klasik). Anak zaman sekarang....
Semasa kami tiba, dia masih di bilik baby, sedang menyusu. Jadi, kami pun menunggu di luar dgn penuh sabar. Sambil2 menunggu, mata yg tak reti duduk diam, melilau-lilau melihat sekeliling.
Tiba2...... mataku terhenti pd satu papan tanda. "Apa yg tak kena ni?" tanyaku dlm hati. Nak tahu? "Hanya ibu/bapa di benarkan masuk". Aku berkata dalam hati, "Di benarkan kena dekat la. Mana boleh jauh. Takde editor yg edit ke?"
Aku tersenyum (dlm hati je, kang ada yg pelik pula). Rupa-rupanya 'darah editor' masih belum hilang. Pantang tengok ejaan salah terutamanya pd papan tanda, semua nak diedit.
Ini bukanlah kejadian kali pertama. Setiap kali naik LRT (semasa di KL), nampak je ejaan silap. Dalam hati mereka-reka ayat baru yg lebih canggih... hehehe perasan. Mmm... editor oh editor.

P/S: Agaknya, kalau saya apply jawatan editor kat hospital tu, diterima tak? :) Buat editor2 PTS, kangan sama kalian.

Wednesday, May 16, 2007

Cucur @ Cucoq

Pada suatu petang yg indah, angin bertiup sepoi2 bahasa, seorang lelaki sedang berlari-lari anak menuju ke sebuah gerai di tepi jalan.
Tiba2, dia mengamuk sambil menghentak-hentak kakinya di situ. Dia marah kpd makcik yg menjual cucur udang sbb dia tak jumpa udang di dlm cucur yg dibeli.
Dgn selamba, makcik itu menjawab, "Abis tu, ada ke jumpa badak dlm cucur badak?"
Lelaki itu terus terdiam dan melangkah pergi dgn hati yg bisa berbisa.

-Diolah daripada UJANG-

Lukman al-Hakim

"Apabila engkau memandang segala-galanya datang dari Allah yang menimpakan ujian,
menyebabkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,
pasti damailah hatimu....
Kerana, tidak mungkin Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia....
Bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu, retaknya hatimu...
Tetapi, mungkin itulah yang Dia mahu,
kerana Dia tahu,
hati yang sebegitu lebih mudah dan lunak,
untuk dekat dan akrab denganNya...."

-Lukman al-Hakim-

Senyum & ketawa

Apabila rasa down atau tidak bersemangat, ketawa dengan sepenuh hati adalah sebaik-baik ubat. Memang 'semangat ketawa' sudah hilang terbang melayang. Ditambah lagi cabaran dan beban yang ditanggung adalah terlalu sukar. Tetapi, ketawa dapat mengurangkan rasa bebanan.
Ada masa kita perlu serius. Ada masa kita perlu senyum dan ketawa. Barulah hidup terasa lebih bermakna dan ceria. Nabi Muhammad juga individu yang banyak tersenyum dan ketawa. Beliau juga kadangkala berjenaka dengan sahabat-sahabat dan masyarakat umum.
Pernah suatu masa, datang seorang makcik tua bertemu dengan nabi. Makcik itu bertanya, “Ya Rasulullah, adakah orang yang berumur sepertiku di syurga nanti?" Rasulullah menjawab, “Tidak ada orang tua di dalam syurga.”
Dengan rasa sedih, orang tua itu pun pulang ke rumah. Selepas itu, datang orang lain bertemu Rasulullah dan menceritakan keadaan orang tua tadi yang sedang sedih kerana tidak dapat masuk syurga. Nabi kemudian meredakan perasaan orang tua tadi dengan berkata, “Hanya ada orang muda sahaja di syurga. Orang tua yang memasuki syurga akan menjadi muda kembali.” Begitulah cara Nabi Muhammad berjenaka. Jenakanya adalah jenaka yang benar. Kita bagaimana?
Kajian sains menunjukkan, apabila ketawa, sistem badan merembeskan hormon endorfin. Apakah fungsi hormon ini? Ia membuatkan kita rasa seronok dan gembira. Perasaan ini meredakan stres serta menaikkan semangat.
Ketawa tidak merugikan. Tetapi, biarlah ketawa kita berpada-pada. Jangan sampai mengganggu orang sekeliling. Contoh paling baik pastinya daripada Nabi Muhammad. Beliau ketawa sehingga nampak gusinya. Jadi, tunggu apa lagi. Senyumlah mulai sekarang kerana senyuman anda pasti menawan.

Selamat Hari Guru

Buat guru2 tidak kira di mana jua, SELAMAT HARI GURU.
Teringat zaman muda2 dulu, guru2 amat rapat dgn kami. Seolah-olah mereka ibubapa di sekolah. Walaupun sudah bekerja, masih tak jemu utk terus menjenguk dan mengetahui perkembangan sekolah serta guru2. Alhamdulillah, begitu besar kesannya apabila guru sentiasa mengambil berat dan bertanggungjawab mendidik anak2 didiknya :). Hanya Allah yg dapat membalas.

P/S: Selamat Hari Guru/Cikgu/Ustaz/Ustazah buat Omar (adik), Kak Dayah, Kak Yus, Wan dan semua rakan yg bergelar guru.

Tuesday, May 15, 2007

Pudarnya Pesona Cleopatra

Sudah baca novel Islami ini? Tulisan penulis novel Ayat2 Cinta (A2C), siapa lagi kalau bukan Pak Habib. Sebenarnya novel ni dah lama, tapi dicetak semula atas permintaan.
Alhamdulillah, dgn ihsan salah seorang sahabat, novel ini ada dlm simpanan. Katanya, dapat harga spesial. Terima kasih.... Dapat saja dari 'pak posto', terus baca sampai habis :). Tak sampai sehari.
Sebenarnya boleh dikatakan 'kaki novel' juga. Dari sekolah sampai tua, layan juga novel2 yg ada sekarang ni. Cuma, bagiku kebanyakannya stereotaip. Novel Islami diharap dapat memberi nafas baru dlm industri buku.
Novel ini nipis saja. Mengandungi 2 kisah berbeza tapi tema yg sama, perkahwinan tanpa bercinta (betul tak bg yg sudah baca?). Kalau nak dibandingkan dengan A2C, memang tak boleh lawan A2C. Namun begitu, mesejnya sampai, mudah difahami.
Kepada peminat2 novel, jangan lepaskan peluang memiliki novel ini. InsyaAllah tak rugi. Selamat membaca.

Tenang

Pada suatu hari, seorang lelaki (L) datang berjumpa dengan sahabat nabi yang bernama Abdullah bin Masud.

L: “Wahai Abdullah, nasihatkan saya supaya saya dapat meredakan rasa gelisah. Sekarang ini, jiwa saya tidak tenteram, fikiran saya kusut, tidur tidak nyenyak dan selera makan hilang.”
Abdullah bin Masud: “Bawalah hati saudara mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang membaca al-Quran. Tidak kira sama ada saudara ikut membacanya ataupun sekadar mendengar bacaan orang lain. Kedua, menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan diri kepada Allah. Ketiga, saudara cari satu waktu yang sunyi seperti waktu malam. Pada masa itu, saudara bangun beribadat kepada Allah. Pohon kepadanya supaya diberikan ketenangan dan kedamaian hati. Tetapi, jika selepas melakukan semua ini jiwa saudara masih tidak tenteram, minta kepada Allah supaya hati saudara diganti dengan hati lain kerana hati yang saudara miliki sekarang sebenarnya bukan hati saudara.”

Lelaki itu pulang ke rumahnya. Dia terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan khusyuk seperti yang dinasihatkan. Selesai membaca al-Quran, jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan rasa gelisahnya hilang.

Monday, May 14, 2007

Terima kasih

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah masuk hari ke-14 aku meninggalkan PTS (tempat kerja sebelum ni). Cepat sungguh masa berlalu. Apa yg sudah kubuat?
Hampir 3 tahun juga di sana. Banyak pengalaman dan ilmu yg kutimba. Semoga ada gunanya. Kalau tidak hari ini, mungkin esok lusa.
Buat teman2, terima kasih yg tak terhingga atas tunjuk ajar dan kesabaran melayan kerenah :). Bukan budak kecik je, org tua pun kekadang lebih byk kerenahnya.
Buat teman2 se'department', harap kalian lebih bersemangat selepas aura pesta buku.
Buat SifuPTS dan Prof, doakan kejayaanku dalam apa jua pekerjaan, walau di mana jua. InsyaAllah, umur panjang kita bertemu lagi. Mungkin pesta buku tahun depan. Harapnya dapat siapkan sekurang-kurangnya 1 buku :).

Sunday, May 13, 2007

Dedikasi

Salam buat siapa jua yg berkunjung,
Alhamdulillah, siap juga usahaku utk mempunyai blog sendiri. Mungkin agak ketinggalan :). Tapi yg penting aku dapat belajar satu benda baru. Moga ada manfaat buat diri ini dan yg lain.

Blog ini aku dedikasikan buat
- Diri sendiri
- Individu yg mahu berkongsi citer, pengalaman etc
- Dan lain-lain

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, aku merasmikan blog ini :).