Showing posts with label Apa ada dalam buku. Show all posts
Showing posts with label Apa ada dalam buku. Show all posts

Wednesday, May 13, 2009

Mengapa Perlu Bersedih

Aku olah nasihat ini daripada buku yang paling aku sukai, La Tahzan. Kata Dr A'idh al-Qarni, mengapa kita perlu bersedih dengan setiap ujian & cabaran sedangkan kita mempunyai banyak sebab yang dapat membuatkan kita tenang & ceria. Antaranya:
  • Menunggu pahala dan ganjaran daripada Allah. Allah menyatakan dalam surah az-Zumar ayat 10 yang bermaksud, "Hanya orang yang sabar yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."
  • Melihat orang lain yang mendapat musibah. Toleh kiri dan kanan, adakah kita menemui seorang manusia yang tiada masalah. Mustahil bukan?
  • Musibah yang menimpa kita jauh lebih ringan daripada musibah orang lain.
  • Musibah yang menimpa kita adalah berkaitan dengan dunia, bukan agama.
  • Melakukan ibadah dengan benar-benar pasrah pada saat tertekan ladang kala lebih manis dan terasa nikmatnya berbanding pada saat bahagia.
Namun, jika pada saat ini kita masih bersedih, izinkan diri untuk melalui rasa sedih itu kerana Rasulullah juga pernah bersedih apabila anaknya Ibrahim wafat. Tetapi jangan berlama-lama. Teruskan hidup dengan semangat dan sentiasa bergantung diri kepada Allah.

Tuesday, October 2, 2007

Lailatul Qadar

"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1000 bulan."
(Surah al-Qadar: 3)

Lailatul Qadar adalah hadiah istimewa daripada Allah kepada umat Nabi Muhammad. Malam yang hanya ada pada salah satu daripada malam-malam bulan Ramadan. Allah melipat gandakan pahala bagi insan yang beribadat dengan ikhlas pada malam itu. Ibadat yang dilakukan sama seperti ibadat selama 1000 bulan.

Bilakah Lailatul Qadar berlaku?

Di dalam kitab As-Shahihain, Ubadah bin Samit menceritakan, Nabi Muhammad pernah keluar untuk memberitahu adanya Lailatul Qadar kepada sahabat. Kemudian, beliau bertemu dengan 2 orang Muslim yang sedang berkelahi. Nabi Muhammad tidak memberitahu berkenaan waktu sebenar Lailatul Qadar disebabkan kejadian itu. Namun, nabi berpesan supaya mereka berlumba-lumba mencari malam tersebut.

Oleh itu, untuk bertemu dengan Lailatul Qadar, kita perlu berusaha dan beribadat pada setiap malam. InsyaAllah, usaha yang dilakukan akan berhasil iaitu bertemu dengan Lailatul Qadar. Ini adalah sebahagian hikmah dirahsiakan Lailatul Qadar.

Apakah amalan yang paling disukai pada malam itu?

1. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

2. Memperbanyakkan doa. Dalam sebuah hadis, Aisyah, isteri nabi, bertanya kepada Nabi Muhammad, "Tahukah kamu, jika saya tahu malam itu Lailatul Qadar, apa yang perlu saya lakukan?" Nabi menjawab, "Katakan, 'Ya Allah, Engkau adalah zat yang maha pengampun, dan Engkau suka memberi ampun. Maka ampunkan dosaku.'" (Allahumma innaka a'fuwwun karim, tuhibbul a'fwa fa'fua'nni)

3. Memperbanyakkan membaca al-Quran.

Kita sudah tiba di 10 akhir Ramadan. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Rebut peluang yang masih ada kerana kita tidak pasti sama ada akan bertemu dengan Ramadan tahun akan datang.

Uda: Masa kecil-kecil, selalu dengar kisah-kisah pelik apabila Lailatul Qadar berlaku. Ada kata, pokok akan membongkok. Ada juga yang kata air paip menjadi ais. Wallahua'lam, mungkin ada yang mengalaminya. Namun, bukan itu yang dicari. Yang dicari adalah pahala yang berlipat ganda daripada ibadah yang dilaksanakan.

(Bahan diolah daripada buku Merindukan Bulan Ramadan)

Tuesday, June 26, 2007

Tip-tip penulis yang baik

Tip-tip ini Uda ambil dari buku Cahaya Pencerahan karangan Dr. Aidh Qarni. Semoga dapat jadi panduan bagi penulis-penulis baru ataupun yang sudah lama menulis :).
  • Menulis perkara yang benar-benar DIKUASAI dan sudah mendalami bidang kajian.

  • Tujuan menulis: MERINGKASKAN yang panjang, menjelaskan yang samar.

  • Menggunakan BAHASA yang baik dan mudah difahami.

  • Penulisan tidak PANJANG lebar hingga membosankan.

  • MENGULANGI dan menilai perkara yang ditulis. Jika perlu, rujuk kepada orang yang lebih tahu bagi meminta pendapat.

  • MEMILIH bahan tulisan yang belum dibahaskan, tetapi diperlukan oleh masyarakat.

  • Menjauhi perkara bohong, yang melukakan, sesat dan mengumpat.

  • Tidak mengagung-agungkan tulisan sendiri.

  • Menulis RUJUKAN yang jelas, tidak plagiat daripada pengarang asli.

Friday, May 18, 2007

Hati Sebening Mata Air

Hati Sebening Mata Air, terbitan AQWAM. Kulit depannya begitu menarik perhatian. Ditulis oleh Amru Khalid, salah seorang penulis yang tulisannya diminati ramai.
Cara penulisannya ala-ala Dr A'idh Qarni yang terkenal dengan buku La Tahzan. Walaupun dalam bahasa Indonesia, bahasa yang digunakan adalah bahasa standard. Bahasanya bersahaja, mudah difahami dan benar2 menyentuh hati.
Buku ini memberikan tip-tip bagi mendapat hati yang sihat, sihat dari segi maknawi. Disertakan contoh2 mudah dan beberapa cerita bagi setiap tajuk yang dibicarakan. Walaupun tajuk2 yang dibincangkan biasa kita baca dari buku2 lain, namun kupasannya menjadikan kita lebih faham. Sekadar pandangan daripada pembaca yang masih banyak kelemahan.
Rasanya, boleh dapatkan buku ini di Pustaka Indonesia ataupun pergi ke laman web www.aqwam.com. Membaca menambah ceria :)

Tuesday, May 15, 2007

Pudarnya Pesona Cleopatra

Sudah baca novel Islami ini? Tulisan penulis novel Ayat2 Cinta (A2C), siapa lagi kalau bukan Pak Habib. Sebenarnya novel ni dah lama, tapi dicetak semula atas permintaan.
Alhamdulillah, dgn ihsan salah seorang sahabat, novel ini ada dlm simpanan. Katanya, dapat harga spesial. Terima kasih.... Dapat saja dari 'pak posto', terus baca sampai habis :). Tak sampai sehari.
Sebenarnya boleh dikatakan 'kaki novel' juga. Dari sekolah sampai tua, layan juga novel2 yg ada sekarang ni. Cuma, bagiku kebanyakannya stereotaip. Novel Islami diharap dapat memberi nafas baru dlm industri buku.
Novel ini nipis saja. Mengandungi 2 kisah berbeza tapi tema yg sama, perkahwinan tanpa bercinta (betul tak bg yg sudah baca?). Kalau nak dibandingkan dengan A2C, memang tak boleh lawan A2C. Namun begitu, mesejnya sampai, mudah difahami.
Kepada peminat2 novel, jangan lepaskan peluang memiliki novel ini. InsyaAllah tak rugi. Selamat membaca.