Hari ini bertambah jumlah anak saudaraku. Adikku baru sahaja mendapat baby boy. Nantikan khalah balik!!! :)
Tuesday, February 9, 2010
Sunday, February 7, 2010
Jangan Kamu Marah
"Janganlah kamu marah, janganlah kamu marah... janganlah kamu marah," ulang nabi beberapa kali.Nab bukan bermaksud menyuruh kita terus memadamkan rasa marah. Namun, mengawal nafsu marah kerana marah adalah sifat tabi'i manusia.
Apabila marah....
Kata Nabi Muhammad, "Jauhilah rasa marah kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam. Cuba lihat apabila salah seorang antara kamu sedang marah, kedua matanya merah, urat lehernya kelihatan timbul. Apabila salah seorang berasa marah, hendaklah dia berbaring ataupun duduk dia atas bumi."
Dalam hadis lain nabi berkata, "Marah itu daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan dibuat daripada api. Api hanya dapat dipadamkan dengan wuduk. Apabila marah, hendaklah dia berwuduk."

Wednesday, February 3, 2010
Sesi Makan-makan
Ini pula kelapa parut digaul dengan ikan rebus,bawang dan bunga kantan (kalau tak silap)
Ini ikan digoreng dengan tepung Trakta. Sedap... rangup
Ini mestilah telur masin.Hari ini, aku belajar buat nasi kerabu bersama sahabat-sahabat seangkatanku (suri rumah). Satu perkara yang aku tahu pasal nasi kerabu... membuatnya memang renyah kata orang utara. Maksudnya agak memenatkan dan cerewet. Banyak bahan yang perlu disediakan bagi mendapatkan nasi kerabu yang sempurna. Tengok sahaja sajian-sajian di atas. Rasanya, kalau sorang-sorang, beli sahaja di pasar malam :) (kata orang rajin).
Ini pencuci mulut yang kusukai. Sedap sangat....Selepas menikmati nasi kerabu, aku ambil sedikit kek coklat. Mmmm.... memang sedap. InsyaAllah selepas ini mahu belajar buat kek pula daripada sifu Mahanum. Walaupun aku memang tidak begitu berminat makan kek, tapi anak-anak dan suami sangat suka. Jadi, kena la rajin belajar... hehe.
~Selalunya, mendapatkan yang elok itu memerlukan jalan yang panjang. Usah mudah putus asa~
~Selalunya, mendapatkan yang elok itu memerlukan jalan yang panjang. Usah mudah putus asa~
Kategori:
Celoteh
Tuesday, February 2, 2010
Belum Puas Bermain....
Seumur hidup aku belum pernah bermain layang-layang. Pelik? Pelik tapi benar :). Kelmarin, entah apa yang aku mimpikan, aku minta suamiku belikan layang-layang. Mungkin aku seronok melihat beberapa orang kanak-kanak bermain di hadapan rumahku dan memang sekarang di Perlis musim berangin. Kebetulan suamiku pulang awal, jadi kami pun keluar mencari.
Selama ini, aku hanya pemerhati, melihat layang-layang terbang tinggi. Rasa seronok melihat layang-layang terbang ditiup angin. Sebenarnya, sudah lama aku mahu cuba menerbangkan layang-layang. Hehe... mungkin orang lain rasa apalah seronok sangat menerbangkan layang-layang. Mainan kuno. Tetapi yang penting aku tetap mahu mencuba.
Akhirnya, lewat petang, aku berpeluang menerbangkan layang-layang walaupun pada awalnya kurang konfiden. Seronoknya... pertama aku dapat terbangkan layang-layang. Kedua, layang-layang aku terbang lebih tinggi daripada tok guruku (siapa lagi kalau bukan suami). Ditambah pula dengan anak-anak jiran yang datang mengerumuni kami... hingar-bingar. Ada juga yang datang kepada kami dan berkata, "Mai kami tunjuk cemana nak main". Hehe... kami tersenyum saja.
Daripada perspektifku, hidup kita juga umpama layang-layang. Tanpa tali yang mengikat serta tukang terbang layang-layang, layang-layang pasti terbang terus ditiup angin. Umpama hidup kita tanpa petunjuk dan bantuan Allah. Hidup tanpa mengikut al-Quran dan sunnah. Pastikan layang-layang terus terikat pada talinya. Supaya perjalanannya tidak sia-sia. Andai terputus tali itu, terbanglah ia entah ke mana mengikut deras angin yang membawa. Akhirnya tersadai apabila hembusan angin sudah tiada.

Wednesday, January 27, 2010
Kurang Sihat
Hampir tiga minggu aku kurang sihat... diserang batuk.
Anak juga kurang sihat... demam beberapa hari.
Ayah mertua kurang sihat juga... baru sahaja keluar dari hospital.
Yang ingin kukongsikan bukan berkenaan batuk ataupun demam ataupun penyakit-penyakit lain. Aku yang jarang sakit, sesekali apabila diserang virus dan bakteria, terasa sedikit terganggu aktiviti harian.
Tidur tidak lena menyebabkan siangku terasa amat letih. Namun, kerja perlu dibereskan. Makan juga perlu dijaga kerana silap makan, batuk menjadi semakin panjang. Pendek kata, nikmat sihat dan selesa ditarik sebentar.

Memang benar kata Nabi Muhammad, "Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Muda sebelum tua. Lapang sebelum sibuk. Sihat sebelum sakit. Kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati."
Hargai dan syukuri masa sihat kita kerana kita tidak tahu bilakah Allah akan mengambilnya semula.

Tuesday, January 26, 2010
Menulis Semula
Assalamualaikum...
Lama betul tidak menulis... rindu sebenarnya. Sengaja aku tunggu-tunggu masa yang sesuai untuk mula menulis (alasan je). Kadang-kadang aku hanya menjenguk blog sendiri... selebihnya membaca blog blogger lain. Mungkin juga mencari idea... mencari arah tuju bagi terus menulis.
Penting sangatkah mencari arah tuju menulis blog? Bagiku penting kerana nabi sendiri pernah berpesan, setiap amal itu didahului dengan niat. Oleh itu, untuk menulis blog ini aku perlu menetapkan niat sekali gus tujuanku menulis.
Akhirnya, aku pasti aku mahu menulis kerana ingin berkongsi dan memberikan apa yang aku tahu. Mana tahu ada serpih-serpih bahan yang kutulis mendorong insan lain beramal soleh.
Semoga Istiqamah....

Wednesday, June 17, 2009
Anak Oh anak
"Susah nak tegur anak saya tu. Ada sahaja jawapannya," mengadu seorang kakak semasa berbincang berkenaan anak.Setiap hari Rabu, aku menghadiri halaqah atau grup perbincangan dengan sahabat-sahabat yang kebanyakannya suri rumah. Dalam pertemuan, banyak topik yang kami bincangkan terutamanya berkaitan dengan wanita dan anak-anak. Oleh kerana aku paling muda dan baru sahaja bergelar isteri, aku lebih banyak mendengar dan mengutip mutiara yang aku yakin bakal aku gunakan.
Banyak juga yang dibincangkan. Dengan masa yang terhad, memang tidak boleh habis. Namun, apa yang dapat aku simpulkan, mendidik anak sekarang tidak sama dengan mendidik anak dahulu. Anak dahulu apabila disuruh, banyaknya sami'na wa atha'na. Anak sekarang, ada yang buat tidak kisah. Ada juga yang merungut-rungut. Mungkin anak sekarang perlu banyak diplomasi terutamanya yang remaja. Ibuku pernah beritahu, kalau mahu membentuk peribadi anak, mula dari awal. Apabila sudah masuk usia remaja, agak sukar walaupun tidak mustahil. Sebab itu ibu bapa boleh merotan anak-anak yang tidak mahu solat apabila mencapai usia 10 tahun.
Dalam membentuk peribadi anak, ibu bapa adalah pendidik utama. Sekolah hanyalah bertindak sebagai sokongan. Bukan sebaliknya. Dalam mendidik, pasti ada kesilapan yang berlaku. Bagiku, ibu bapa perlu bersikap terbuka untuk mencari ilmu bagi mendidik diri dan seterusnya anak-anak tidak kira berapa pun usia kita.
Selain itu. perlu sentiasa berdoa untuk anak-anak. Kadang kala kita berusaha keras supaya anak-anak yang dilahirkan adalah anak-anak yang baik dan berjaya sehingga terlupa untuk berdoa.
Akhir kalam, yang mencoret ini pun belum tahu lagi bagaimana. Hanya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca. Bukan mudah menjadi ibu bapa. Walau apa jua kelulusan yang ada. Belum menjamin apa-apa. Harapanku agar dikurniakan zuriat keturunan yang soleh wa musleh. Yang dapat membantuku di dunia dan di Akhirat sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)