Thursday, April 24, 2008
Wednesday, February 6, 2008
Pengorbanan
Berkorban... mudah disebut, sukar dilaksana. Jika tanpa ikhlas, sabar dan berlumba-lumba mencari keredhaanNya. Ada kala hilang harta benda, melayang nyawa atau berpisah dengan yang tercinta. Seperti Ali yang berkorban nyawa menggantikan nabi tika berhijrah. Umpama Khadijah berkorban harta demi perjuangan Rasulullah. Begitu juga para sahabat berhijrah meninggalkan harta dan keluarga demi menyelamatkan agama Allah.
Wednesday, December 5, 2007
Sesat
Sejurus selepas menghantar Mak Uda, cabaran pertama bermula. Kami sesat jalan. Puas kami berpusing-pusing mencari jalan. Akhirnya, masuk ke taman perumahan. Bayangkan sesat dalam keadaan penat. Sehari sebelum datang ke KL, aku dan adik sesat di Transkrian. Memang pengalaman yang agak menakutkan dan memenatkan kerana kami berdua sahaja. Tiba sahaja di rumah, kami berdua terus ‘pengsan’.
Hampir setengah jam aku dan ayah mencari jalan keluar. Akhirnya, kami singgah di stesen minyak. Alhamdulillah, selepas itu jalan yang kami cari ditemui walaupun hampir-hampir tersilap jalan sekali lagi. Daripada dua pengalaman, aku simpulkan 3 perkara. Jika baru pertama kali melalui sesebuah jalan, pastikan:
- Isi minyak sehingga penuh tangki apabila melalui kawasan yang baru pertama kali anda sampai. Takut-takut tersilap jalan, kereta pula tersadai.
- Bagi yang memang ‘bermata empat’, sila bawa dan gunakan alatan yang sepatutnya.
- Jika tersesat, cari stesen minyak supaya mudah untuk bertanya arah.
Uda: Biar sesat jalan, jangan sesat iman....
Wednesday, November 28, 2007
Kerja sia-sia?
Wednesday, November 21, 2007
Haji & bisnes
Kertas putih & bintik hitam
Berdasarkan pengalaman, kita lebih menumpukan perhatian pada bintik hitam daripada kertas putih. Padahal bintik hitam itu lebih kecil berbanding kertas putih yang luas. Betul tak? Jadi, apa kaitan bintik hitam dan kertas putih dengan diri kita?
Andaikan titik hitam itu sebagai perkara-perkara negatif dalam hidup. Andaikan pula kertas putih itu perkara-perkara positif. Kebanyakan manusia menumpukan fikiran pada perkara negatif berbanding positif. Memberikan lebih perhatian pada benda yang tidak dimiliki berbanding yang sudah ada dalam genggaman. Sehingga terlupa untuk bersyukur dan redha. Akibatnya, hidup tidak tenang dan ragu-ragu dengan ketetapan Tuhan.
Mulai hari ini, lebihkan melihat 'kertas putih' berbanding 'bintik hitam'. Supaya hidup lebih ceria seindah suria.

