Wednesday, July 7, 2010

Ikhlas Itu Umpama....

Allah menyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud, "Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang sangat hitam pada malam yang gelap gelita."

Jom kita bayangkan bersama-sama. Sudah pasti tiada apa yang dapat dilihat kecuali hitam pekat, gelap zulumat.

Beberapa minggu yang sudah berlalu benar-benar menguji tahap ikhlas saya dalam beramal. Sukar... amat sukar. Amat sukar mengekalkan rasa ikhlas bagi setiap amal yang pernah dilakukan. Tidak kira besar mahupun kecil, berat mahupun ringan.

Kadang kala, tanpa disedari kita mengharapkan segala kebaikan yang kita usahakan dibalas dengan dengan kebaikan juga. Apabila diuji dengan perkara sebaliknya, kita mula melatah.

"Selepas ini, aku tak nak tolong dia lagi. Penat-penat aku tolong...."

"Sampai hati dia buat begitu. Tengoklah lepas ni...."

Hati mula terasa benci. Syaitan mula mengapi-api. Tekanan darah mungkin melonjak tinggi. Sabar-sabar wahai diri. Jangan biarkan ikhlas melayang pergi. Kelak dirimu juga yang rugi. Sia-sia sahaja amalmu selama ini.

Anggaplah ujian ini adalah signal daripada Allah... signal supaya hambanya mengevaluasi diri serta amal.

Anggaplah ia tanda kasih Allah kepada makhluknya yang lemah.

Dengan izin Allah jua, kita pasti mampu melakukan segala amal dengan penuh ikhlas. Dengan izinnya juga, amal kita bertukar menjadi sia-sia. Dia yang lebih berhak membalas amal perbuatanmu. Oleh itu, serahkan segala-galanya kepada dia bagi menentukan di mana kedudukanmu.

5 comments:

mutiara bd said...

Ini kali pertama ana dengar perumpamaan untuk ikhlas..

Dengan perumpamaan macam tu, senang sikit nak fahamkan diri sendiri dan orang lain maksud ikhlas..

Bearcat said...

Kadang-kadang kita selalu merasakan diri ni dah sehabis ikhlas tapi sebenarnya kita masih mengharap-harapkan balasan...astagfirullah.

JIhad & SYahid said...

maaf, sekadar pembetulan. perumpamaan itu bkn dr al-quran atau hadis. tapi dr kata2 salafussoleh. mungkin boleh chek semula kot.. trima kasih atas perkongsianya. =)

jamal hassan said...

Puan UDA,
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته ومغفرته ورضوانه

mohon ampun dan maaf , mamu mohon menegur berkenaan opening post ini:-

Allah menyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud, "Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang sangat hitam pada malam yang gelap gelita."

mohon nyatakan ayat mana yang bermaksud sedemikian.

mohon hati2 sangat bila kita berkata Allah swt kata atau nabi muhammad saw kata sebab amat besar implikasinya terhadap ugama dan iman kita.

walaupun bermaksud baik tetapi hendaklah benar2 bersumberkan rujukan yang sohih tantang hal berkenaan.
sekian, terima kasih,
جزاكُمۡ الله خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا خَيۡرٌ۬ ثَوَابً۬ا وَخَيۡرٌ عُقۡبً۬ا وَخَيۡرٌ أَمَلاً۬

ikhlas, mamu jh
bukit tengah

Anonymous said...

mohon copy entry ni..tq in advance