Tuesday, May 26, 2009

Cik 'U'

"Fatimah... mai tengok Cik 'U' kat grill luar," panggil suamiku.

"Ha, Cik U," aku terkejut.

Cik 'U', gelaran yang aku berikan untuk haiwan berbisa, bersisik dan berlingkar. Apa lagi kalau bukan ular. Tidak kira sebesar mana saiznya, dengar sahaja aku boleh jadi geli geleman.

Cik 'U' yang datang menziarahi kami petang itu kecil sahaja. Namun, kami tidak pasti jenisnya. Di negeri yang aku tinggal sekarang ini memang popular dengan Cik 'U'. Masa mula-mula aku berpindah ke sini, aku sudah diperingatkan oleh orang-orang lama supaya berhati-hati.

Oleh sebab kedatangan tetamu yang tidak dipinta itu, aku risau untuk menyiram pokok di belakang rumah. Kasihan... tetapi rasa bimbang mengatasinya. Sabar ye pokok.... Alhamdulillah hari ini hujan. Kata suami, "Alhamdulillah, tersiram juga pokok ubi." Hehe... InsyaAllah hari ini dan hari-hari seterusnya aku siram.

Lintasan Hati
Jangan biar rasa takut menyekat diri melakukan perkara yang perlu dilakukan :).

1 comment:

Bearcat said...

Di tempat keja baru bearcat, selalu Cik U masuk. Maka kami pakat-pakat naik atas kerusi sambil minta pertolongan. Dah ada 4 ekor dalam peti sejuk...aduhai.