Friday, May 1, 2009

Mahu Masak Apa?

“Mahu masak apa ya hari ni?”

Bukan hari ini sahaja soalan ini timbul dalam fikiran. Setiap hari... bayangkan setiap hari soalan yang sama aku fikirkan apabila jam menghampiri 10 pagi... hehe. Agaknya inilah dilema setiap suri rumah... ataupun mungkin juga suri rumah seperti aku sahaja :).

Sebenarnya, apabila celik mata sahaja, antara perkara yang aku fikirkan, “Adik nak sarapan apa pagi ni?” Walaupun selalunya sarapan jarang disentuh kerana sudah terlewat untuk ke sekolah. Namun, bagiku sudah menjadi tanggungjawab untuk menyediakan sarapan setiap pagi. Yang penting niatnya ikhlas, dong. Itu yang selalu suamiku ingatkan.

Apabila fikiran buntu memikirkan masakan, penyelesaiannya... aku cari resepi. Hehe... tolong simpan rahsia ini :). Cuba mencari kelainan dengan harapan dapat menaikkan semula aura & mood aku untuk memasak.

Berkaitan dengan masak-memasak ini juga, bagiku ia juga menyentuh tahap keyakinan individu. Semasa awal-awal berkahwin, aku agak risau kerana perlu memasak untuk orang lain yang aku tidak tahu seleranya bagaimana. Namun, alhamdulillah aku rasa tahap itu meningkat sedikit berbanding sebelum ini. Tetapi, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kadang kala kena tegur juga. Aku ambil secara positif walaupun malu juga... hehe.

Jadi, untuk kawan-kawan yang terror memasak, kalau mahu kongsi denganku, amat dialu-alukan. Terutamanya resepi untuk anak-anak yang masih bersekolah... maklumlah Instant Ummi :). OK... Semoga dipermudahkan segala urusan.

5 comments:

pulasan007 said...

akak kan terer masak kurma.msk ja tp2 ari.keh3

Anonymous said...

salaam..sy selalu g web ni..insyaALLAH mesti dpt idea hehe :o) myresipi.com

UDA said...

Mau ke pulasan mkn tp2 hari masakan sama... hehe. Mesti lg sanggup mkn biskut

UDA said...

Terima kasih anonymous :)

Anonymous said...

saya suka refer kepada AFC ..mmg dpt byk idea :) olah2 skit ikut selera melayu kita :)

sekarang, hasil selalu tgk AFC, anak saya suka makan sayur sbb anak Chef At Home pun makan sayur :)