Wednesday, May 13, 2009

Mengapa Perlu Bersedih

Aku olah nasihat ini daripada buku yang paling aku sukai, La Tahzan. Kata Dr A'idh al-Qarni, mengapa kita perlu bersedih dengan setiap ujian & cabaran sedangkan kita mempunyai banyak sebab yang dapat membuatkan kita tenang & ceria. Antaranya:
  • Menunggu pahala dan ganjaran daripada Allah. Allah menyatakan dalam surah az-Zumar ayat 10 yang bermaksud, "Hanya orang yang sabar yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."
  • Melihat orang lain yang mendapat musibah. Toleh kiri dan kanan, adakah kita menemui seorang manusia yang tiada masalah. Mustahil bukan?
  • Musibah yang menimpa kita jauh lebih ringan daripada musibah orang lain.
  • Musibah yang menimpa kita adalah berkaitan dengan dunia, bukan agama.
  • Melakukan ibadah dengan benar-benar pasrah pada saat tertekan ladang kala lebih manis dan terasa nikmatnya berbanding pada saat bahagia.
Namun, jika pada saat ini kita masih bersedih, izinkan diri untuk melalui rasa sedih itu kerana Rasulullah juga pernah bersedih apabila anaknya Ibrahim wafat. Tetapi jangan berlama-lama. Teruskan hidup dengan semangat dan sentiasa bergantung diri kepada Allah.

No comments: