Thursday, May 17, 2007

Dari meja editor ke kolam ikan

"Cemana? Ok tak kak kita nak buat hatchery ni?" tanya adikku sementara menunggu suaminya yang berlari ke kereta sebab lupa bayar parking. Aku mengangguk sambil tersenyum. Dalam hati, aku berharap segala yang kami rancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Apa itu hatchery? (Macam cikgu pula). Kami rancang untuk buat pembenihan ikan. Yang selalu kita dengar orang ternak ikan dan jual. Tapi kami jual anak ikan yang berumur lebih kurang sebulan kepada penternak ikan. Begitulah lebih kurang....
Kebanyakan orang yang kami jumpa sebelum ini kata hatchery agak sukar. Tidak ramai orang Melayu yang berani masuk dalam bidang ini. Hanya berapa kerat je.
Ikut pembacaanku dan penerangan adik ipar, antara cabaran besar yang mungkin kami akan hadapi adalah kulat dan bakteria. Biasalah, anak2 ikan senang kena penyakit. Rasanya begitu juga anak2 kecil. Jadi, perlu dijaga lebih rapi berbanding ibu dan ayah ikan.
Satu benda yang aku belajar, hidup perlu sentiasa kreatif. Kalau ikutkan kos untuk projek kami, memang banyak sebab alat2 yang digunakan agak mahal. Tapi alhamdulillah, adik iparku kiranya boleh mereka-reka alat yang menggunakan kos rendah. Ditambah dengan pengalaman rakan2nya. Kami cuba meminimumkan kos sementara menunggu hasil. Sabar, sabar dan terus sabar :).
Walaupun dunia kerjaku kini berbeza dari dahulu, aku yakin pengalamanku dapat banyak membantu. Semoga usaha kami dipermudahkan Allah.

4 comments:

saridahamid said...

Lepas ini bolehlah tulis buku cara-cara menternak anak ikan! Mesti top di pasaran...lepas tu ramailah yang hendak jadi usahawan anak ikan.

Ikan kekek ma iloi iloi, ikan gelama mak ilai ilai...(berlagu riang hehehe!)

Rislah said...

Anak ikan tu nanti sure kalau pergi sekolah dia orang lebih cekap dari cikgu, terutama bila buat karangan.. sebab dibesarkan oleh editor..

Anonymous said...

salam, xnak bela keturunan saya ke? mesti meriah kalau keturunan saya akak ternak. Editor membesarkan ikan, nanti habis semua kertas surat khabar yang digunakan untuk membalutnya diedit oleh ikan tersebut...muahahah

Pn Saridah....
Ikan buntal mak ilai ilai...ikan buntal mak iloi iloi...eh terbalik...xperlah,....

ann said...

Chaiyok2. Semoga usaha akak berjaya!