Wednesday, May 16, 2007

Senyum & ketawa

Apabila rasa down atau tidak bersemangat, ketawa dengan sepenuh hati adalah sebaik-baik ubat. Memang 'semangat ketawa' sudah hilang terbang melayang. Ditambah lagi cabaran dan beban yang ditanggung adalah terlalu sukar. Tetapi, ketawa dapat mengurangkan rasa bebanan.
Ada masa kita perlu serius. Ada masa kita perlu senyum dan ketawa. Barulah hidup terasa lebih bermakna dan ceria. Nabi Muhammad juga individu yang banyak tersenyum dan ketawa. Beliau juga kadangkala berjenaka dengan sahabat-sahabat dan masyarakat umum.
Pernah suatu masa, datang seorang makcik tua bertemu dengan nabi. Makcik itu bertanya, “Ya Rasulullah, adakah orang yang berumur sepertiku di syurga nanti?" Rasulullah menjawab, “Tidak ada orang tua di dalam syurga.”
Dengan rasa sedih, orang tua itu pun pulang ke rumah. Selepas itu, datang orang lain bertemu Rasulullah dan menceritakan keadaan orang tua tadi yang sedang sedih kerana tidak dapat masuk syurga. Nabi kemudian meredakan perasaan orang tua tadi dengan berkata, “Hanya ada orang muda sahaja di syurga. Orang tua yang memasuki syurga akan menjadi muda kembali.” Begitulah cara Nabi Muhammad berjenaka. Jenakanya adalah jenaka yang benar. Kita bagaimana?
Kajian sains menunjukkan, apabila ketawa, sistem badan merembeskan hormon endorfin. Apakah fungsi hormon ini? Ia membuatkan kita rasa seronok dan gembira. Perasaan ini meredakan stres serta menaikkan semangat.
Ketawa tidak merugikan. Tetapi, biarlah ketawa kita berpada-pada. Jangan sampai mengganggu orang sekeliling. Contoh paling baik pastinya daripada Nabi Muhammad. Beliau ketawa sehingga nampak gusinya. Jadi, tunggu apa lagi. Senyumlah mulai sekarang kerana senyuman anda pasti menawan.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau gigi tu rongaknya banyak, jangan senyum lebaq sangat. Nanti bocoq pulak...

Akihisa Hanabusa

saridahamid said...

Milik siapakah gigi itu? (ikut rentak lagu sudirman..)