Monday, May 14, 2007

Terima kasih

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah masuk hari ke-14 aku meninggalkan PTS (tempat kerja sebelum ni). Cepat sungguh masa berlalu. Apa yg sudah kubuat?
Hampir 3 tahun juga di sana. Banyak pengalaman dan ilmu yg kutimba. Semoga ada gunanya. Kalau tidak hari ini, mungkin esok lusa.
Buat teman2, terima kasih yg tak terhingga atas tunjuk ajar dan kesabaran melayan kerenah :). Bukan budak kecik je, org tua pun kekadang lebih byk kerenahnya.
Buat teman2 se'department', harap kalian lebih bersemangat selepas aura pesta buku.
Buat SifuPTS dan Prof, doakan kejayaanku dalam apa jua pekerjaan, walau di mana jua. InsyaAllah, umur panjang kita bertemu lagi. Mungkin pesta buku tahun depan. Harapnya dapat siapkan sekurang-kurangnya 1 buku :).

2 comments:

saridahamid said...

Assalamualaikum,

Perjuangan itu boleh dilakukan di mana sahaja. Semoga sukses berada di samping keluarga.

Anonymous said...

Marhaban ila jam'iah Bloggers. Satu buku je? Lagi setahun, sempat buka estet tu...

Akihisa Hanabusa