Thursday, May 17, 2007

Editor oh editor

Semalam, aku bersama makcik dan seorang lg kawan menziarahi sahabat kami yg baru mendapat cahayamata... baby girl. Klu tak silap namanya Imelda Husna (gabungan nama moden & klasik). Anak zaman sekarang....
Semasa kami tiba, dia masih di bilik baby, sedang menyusu. Jadi, kami pun menunggu di luar dgn penuh sabar. Sambil2 menunggu, mata yg tak reti duduk diam, melilau-lilau melihat sekeliling.
Tiba2...... mataku terhenti pd satu papan tanda. "Apa yg tak kena ni?" tanyaku dlm hati. Nak tahu? "Hanya ibu/bapa di benarkan masuk". Aku berkata dalam hati, "Di benarkan kena dekat la. Mana boleh jauh. Takde editor yg edit ke?"
Aku tersenyum (dlm hati je, kang ada yg pelik pula). Rupa-rupanya 'darah editor' masih belum hilang. Pantang tengok ejaan salah terutamanya pd papan tanda, semua nak diedit.
Ini bukanlah kejadian kali pertama. Setiap kali naik LRT (semasa di KL), nampak je ejaan silap. Dalam hati mereka-reka ayat baru yg lebih canggih... hehehe perasan. Mmm... editor oh editor.

P/S: Agaknya, kalau saya apply jawatan editor kat hospital tu, diterima tak? :) Buat editor2 PTS, kangan sama kalian.

2 comments:

Unknown said...

Hehehe begitulah uniknya bila pernah jadi editor. 'Penyakit' macam tu semua editor pernah alami. Tambah sakit hati bila nampak salah eja pada majalah, surat khabar dan buku. Paling sakit hati bila print buku bawah seliaan sendiri ada salah ejaan pada blurb.

ann said...

Samalah kita, kak. Kekadang rasa nak bawa kereta pun nak tutup mata. Sebab tension bila ikut belakang lori atas jumpa papan tanda yang banyak sekali salah ejaannya.

Nanti jangan lupa singgah blog ann ye. Ann pun rindu dengan akak.