Wednesday, May 23, 2007

Lompat si katak lompat

Al-kisah, di sebuah negeri Iskatakbola, dua ekor katak pisang terjatuh ke dalam bekas marjerin semasa bermain sukaneka. Dengan sisa2 marjerin yang melekat pada seluruh badan, mereka berusaha memanjat keluar.
Di sekeliling bekas itu pula, bersorak surai rakan-rakan serta saudara mara yang datang dari pelbagai negara. "Chaiyok! Chaiyok! sorak kata dari Taiwan. "Lho bisa berjaya," jerit katak dari Jakarta. Kebetulan pada hari itu mereka sedang mengadakan jamuan katak-katak internasional. Maka diadakan sukaneka yang menyebabkan kejadian tragis ini berlaku.
Tapi, yang paling banyak adalah sorakan katak-katak yang menurunkan self-esteem. "Mana boleh naik. Licin la. Tak boleh punye," kata katak dari KL. "Betoi kata dia. Toksah susah2. Hang tak boleh punya," sokong katak dari Sungai Dua. Dan macam2 lagi sorakan yang pendek kata menyakitkan telinga.
Apa jadi dengan dua ekor katak pisang tadi? "Betul juga apa yang dikata. Sudah sejam hamba memanjat, tapi masih juga di bawah," hati kecil A berkata. Katak A memandang katak B yang berada di sebelahnya. B masih terkial-kial mencuba. Dia langsung tidak mengendahkan sorakan di sekelilingnya.
"Bersemangat sungguh si B. Biarlah, cukup setakat ini sahaja usaha hamba. Biar hamba mati berkuburkan tin marjerin ini," bisik hati A dengan nada sedih.
Sorakan terus gamat menghangatkan suasana. Katak B masih cuba memanjat... terus memanjat... dan memanjat. Akhirnya, dia sampai ke puncak.
Wartawan-wartawan yang menunggu terus berkejar ke arahnya. "Apakah rahsia kejayaan tuan hamba?" tanya wartawan dari TV10. "Apakah perasaan tuan hamba?" tanya pula wartawan TV0.
Dengan selamba, katak B berlalu tanpa berkata apa2. Semua katak tercengang. Setelah diselidik, sebenarnya katak B hilang pendengaran sejak darjah 3 kerana air masuk telinga. Wallahua'lam.
P/s: Kisah di atas tidak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati. Semuanya adalah rekaan semata-mata.
Uda kata: Lebih seronok dengar burung berkata....

No comments: