Tuesday, May 15, 2007

Tenang

Pada suatu hari, seorang lelaki (L) datang berjumpa dengan sahabat nabi yang bernama Abdullah bin Masud.

L: “Wahai Abdullah, nasihatkan saya supaya saya dapat meredakan rasa gelisah. Sekarang ini, jiwa saya tidak tenteram, fikiran saya kusut, tidur tidak nyenyak dan selera makan hilang.”
Abdullah bin Masud: “Bawalah hati saudara mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang membaca al-Quran. Tidak kira sama ada saudara ikut membacanya ataupun sekadar mendengar bacaan orang lain. Kedua, menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan diri kepada Allah. Ketiga, saudara cari satu waktu yang sunyi seperti waktu malam. Pada masa itu, saudara bangun beribadat kepada Allah. Pohon kepadanya supaya diberikan ketenangan dan kedamaian hati. Tetapi, jika selepas melakukan semua ini jiwa saudara masih tidak tenteram, minta kepada Allah supaya hati saudara diganti dengan hati lain kerana hati yang saudara miliki sekarang sebenarnya bukan hati saudara.”

Lelaki itu pulang ke rumahnya. Dia terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan khusyuk seperti yang dinasihatkan. Selesai membaca al-Quran, jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan rasa gelisahnya hilang.

No comments: